Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ 5G kini rasmi dengan sensor 200MP – harga RM 1,599

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi Note 12 Series di Malaysia dan model paling premium ialah Redmi Note12 Pro+ 5G.

Xiaomi Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 turut dilancarkan – harga dari RM 699

Redmi Note 12 Pro+ 5G tampil dengan skrin paparan Flow AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Telefon pintar ini tampil dengan cipset MediaTek Dimensity 1080 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ 5G

Beralih kepada bahagian kamera, Redmi Note 12 Pro+ 5G memiliki sensor utama ISCOELL HPX 200MP yang merupakan sensor 1/1.4-inci dengan 16-to-1 pixel binning dan pemfokusan QPD serta OIS.

Sensor lain yang turut disertakan adalah Note 12 Pro+ sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, Redmi Note 12 Pro+ juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 120W HyperCharge, MIUI 13 dengan Android 12 dan tidak lupa bicu audio 3.5mm.

Redmi Note 12 Pro+ 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Midnight Black, Polar White dan Sky Blue pada harga RM 1,599

Pra-tempahan akan dibuka mulai 6 April sehingga 13 April 2023 dengan hadiah percuma satu unit Redmi Smart Band 2 manakala jualan rasmi akan bermula dari 14 April dengan hadiah percuma Redmi Buds 4 Lite.

Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ 5G akan ditawarkan di stor rasmi Xiaomi Malaysia, wakil pengedar sah rasmi dan di atas talian di Lazada dan Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.