Honor Magic5 turut dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem tri-kamera 54MP
Selain Honor Magic5 Pro, Honor juga telah memperkenalkan Honor Magic5 yang turut dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 namun akan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.
Honor Magic5 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.73-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan PMW Dimming 2160Hz serta kecerahan maksima mencecah 1,600nits.
MWC 2023 : Honor Magic Vs dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global
Selain itu, Honor Magic5 juga dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan bersama 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan antaramuka Magic UI 7.1 yang berasaskan Android 13.
Pada bahagian kamera, Honor Magic5 menampilkan penggunaan sensor utama 54MP, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto 32MP. kamera selfie adalah 12MP.
Bercakap mengenai bateri, Honor Magic5 tampil dengan kapasiti yang sama seperti Magic5 Pro iaitu 5,100mAh dan ianya disertakan dengan pengecasan pantas 66W namun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar.
Honor Magic5 akan ditawarkan pada harga €899 atau sekitar RM 4,259.