Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro akan dilancarkan untuk pasaran global pada 26 Februari ini
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran antarabangsa Xiaomi 13 Series akan berlangsung pada 26 Februari ini.
Xiaomi 13 Series dijangka akan terdiri daripada dua model iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro seperti pelancaran di pasaran China pada penghujung tahun lalu.
Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro juga telah disahkan akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem kamera yang mendapat kepakaran Leica.
Apa yang menarik adalah Xiaomi 13 Series akan dilancarkan di MWC dan bukanya pada majlis berasingan seperti sebelum ini.
Selain Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro, syarikat ini juga telah mengesahkan beberapa produk AIoT akan turut dilancarkan.
Anda boleh menyaksikan pelancaran Xiaomi 13 Series di laman rasmi Xiaomi , Facebook, YouTube, Twitter yang akan bermula jam 11 malam waktu Malaysia