Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X8a kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan cip Helio G88 – RM 999

HONOR Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar HONOR X8a kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM999.

Honor X8a hadir dengan skrin paparan Honor FullView berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, Honor X8a ini dikuasakan dengan cip Helio G88 yang disertakan bersama 8GB RAM , 128GB storan dalaman  dan antaramuka MagicUI 6.1 yang berasaskan Android 12.

Beralih ke kamera, Honor X8a memiliki sensor utama 100MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, Honor X8a juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan  HONOR 22.5W SuperCharge yang memberikan 50% pengecasan didalam masa 30 minit.

HONOR X8a akan ditawarkan mulai 11 Februari ini di dalam tiga pilihan warna iaitu Cyan Lake yang baru diperkenalkan, Titanium Silver  dan Midnight Black klasik pada harga RM 999 dan setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM258 yang termasuk pengecas kereta HONOR SuperCharge dan jaminan lanjutan 1 tahun.

HONOR X8a akan ditawarkan di Kedai HONOR, kedai dalam talian HONOR, Kedai Rasmi Shopee HONOR, Kedai Flagship Lazada HONOR dan pengedar sah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.