Digi kini menawarkan pelan khas untuk pelajar – 3GB hanya RM38 sebulan
Digi yang telah memperkenalkan satu pelan pascabayar yang dikenali sebagai Digi Postpaid 80 nampaknya turut melancarkan satu lagi pelan khas untuk golongan pelajar.
Pelan Digi ini hadir dengan komitmen bulanan RM 38 dan pengguna akan menerim 3GB kuota internet bulanan , 100 minit panggilan suara dan 100 SMS ke mana-mana rangkaian. Selain itu, pelan Digi Postpaid ini juga hadir dengan langganan iflix percuma untuk 60 hari, 3GB ruang storan maya dan penstriman muzik tanpa had.
Pelan Digi ini juga membolehkan anda menggunakan nombor telefon sediada dan tiada sebarang kontrak yang ditetapkan.
Untuk melayakkan anda melanggan pelan ini, anda hanya perlu mempunyai kad pelajar yang sah dan tidak disenarai hitam oleh mana-mana syarikat telko.
Selain itu, tawaran RM 38 ini adalah hanya untuk 12 bulan dimana selepas itu, pengguna yang melanggan pelan ini diperlukan membayar RM 48.
Tawaran terbaru daripada Digi dilihat sangat sesuai bagi pelajar yang memerlukan kuota internet yang baik namun pada komitmen bulanan yang rendah.
Persaingan yang sengit antara tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Celcom, Digi dan UMobile adalah sesuatu yang menguntungkan buat rakyat kerana ini secara tidak langsung memaksa syarikat telko menurunkan harga pelan mereka atau menawarkan pelan yang sama dengan kuota yang lebih banyak.