Red Magic 8 Pro kini rasmi untuk pasaran global – akan tiba di Malaysia tidak lama lagi
nubia secara rasminya telah mengumumkan penawaran antarabangsa telefon pintar gaming terbaru syarikat ini iaitu nubia Red Magic 8 Pro dengan penjenamaan yang berbeza.
nubia Red Magic 8 Pro yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan cip Red Magic R2 yang mana versi 12/256GB dikenali sebagai versi Matte manakala versi 16/512GB pula dikenali sebagai versi Void.
Beralih ke skrin, nubia Red Magic 8 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 960Hz. Ianya juga disertakan dengan kamera selfie 16MP in-display.
Ke kamera pula, nubia Red Magic 8 Pro memiliki sensor utama 50MP ISOCELL GN5, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
nubia Red Magic 8 Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 11.0, termasuk beberapa lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D dengan 2,068 cu.mm. kipas penyejuk pada sisi kini beroperasi pada kadar 20,000rpm dan terdapat lapisan grafit yang meliputi keseluruhan skrin.
Selain itu, nubia Red Magic 8 Pro juga mempunyai dua butang shoulder, 9 antena untuk perhubungan yang baik, bicu audio 3.5mm dan slot USB-C.
Selain itu, nubia Red Magic 8 Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 65W yang memberikan pengecasan 0-100% didalam masa 43 minit sahaja.
Red Magic 8 Pro versi Matte akan ditawarkan pada harga $650 (RM 2,804) manakala versi Void akan ditawarkan pada harga $800 (RM 3,451).
Red Magic 8 Pro akan memasuki pasaran global bermula 2 Februari dan ianya akan turut dilancarkan di Malaysia.