Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gaji Tim Cook bagi tahun 2023 dikurangkan sebanyak $35 juta

Apple menyiarkan pemfailan proksinya pada mesyuarat tahunan pemegang saham 2023 dan laporan 113 halaman mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook akan menerima pengurangan gaji pada 2023.

Jumlah pengurangan gaji Tim Cook adalah berjumlah $35 juta yang mana ianya adalah jauh lebih rendah berbanding $84 juta yang diperoleh beliau pada tahun  lalu.

Walaubagaimanapun, gaji pokok Tim Cook iaitu sebanyak $3 juta dan insentif tunai tahunan sebanyak $6 juta kekal namun perbezaan besar pendapatan ini adalah dari pelarasan nilai anugerah ekuitinya.

Selain itu, nilai ekuiti yang diterima oleh Tim Cook pada tahun 2022 adalah $75 juta manakala pada tahun ini beliau akan menerima $40 juta namun jumlah ini mungkin meningkat bergantung kepada harga stok dan pengurangan ini telah dicadangkan oleh beliau sendiri.

Walaupun dijangka berdepan kemelesetan ekonomi pada tahun ini, Apple masih belum memberhentikan pekerja mereka seperti yang telah dilakukan oleh beberapa syarikat gergasi yang termasuk Meta, Twitter, dan Amazon.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.