Samsung SmartThings Station – Hab Produk Rumah Pintar dengan sokongan pengecasan tanpa wayar
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan SmartThings Station, sebuah hub rumah pintar yang turut berfungsi sebagai pad pengecasan pantas.
SmartThings Station adalah sebuah peranti yang memenuhi keperluan untuk berhubung dan menguruskan lebih banyak peranti rumah pintar dengan mudah.
Dengan SmartThings Station pengguna boleh mengautomasikan pelbagai aspek persekitaran rumah mereka, menetapkan rutin dan membantu mengurangkan sisa tenaga seperti mematikan lampu dan peralatan dengan mudah.
Samsung SmartThings Station adalah sangat mudah untuk ditetapkan dan apabila ianya digunakan buat pertama kali, mesej pop-up akan dipaparkan pada telefon pintar Samsung pengguna dengan langkah mudah penyambungan dan pengguna juga boleh menambah peranti pintar rumah dengan mengimbas kod QR menggunakan kamera telefon pintar.
Dengan menekan butang pintar pada SmartThings Station, pengguna boleh mengaktifkan rutin yang ditetapkan pada aplikasi SmartThings mereka. Contohnya, apabila tiba masa untuk tidur, klik pantas boleh mengaktifkan rutin untuk tidur seperti mematikan lampu, menutup bidai dan menurunkan suhu
Pengguna boleh menetapkan sehingga tiga rutin berbeza hanya dengan menekan butang pintar SmartThing, dengan pengaktifan tekan pendek, tekan lama atau tekan dua kali. Rutin juga boleh diaktifkan melalui aplikasi SmartThings, sama ada di rumah atau di luar rumah.
Selain itu, SmartThings Stations juga turut disepadukan dengan SmartThings Find yang membantu anda mencari peranti yang hilang dikawasan rumah.
Akhir sekali, Samsung SmartThings Station juga menyokong pengecasan tanpa wayar pada kadar 15W yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar, jam pintar ataupun earbuds anda.
SmartThings Station akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih dipasaran Amerika Syarikat dan Korea Selatan bermula awal Februari 2023 (harga tidak diumumkan).