Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon Satellite dilancar secara rasmi – komunikasi satelite dua hala pada peranti premium Android

Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan Snapdragon Satellite di CES 2023 yang merupakan perkhidmatan permesejan 2 hala yang akan ditawarkan pada telefon pintar premium Android.

Ciri ini adalah sama seperti komunikasi satelite yang ditawarkan pada Apple iPhone 14 Series namun Snapdragon Satellite ini tidak terhad kepada penggunaan ketika kecemasan sahaja.

Qualcomm telah berkerjasama dengan Iridium yang mempunyai 66- konstelasi satelit orbit bumi rendah dan ianya akan menyokong komunikasi permesejan dua hala ketika kecemasan, teks SMS dan aplikasi persemejan lain.

Selain itu, Qualcomm juga telah mengesahkan bahawa ciri ini akan disokong oleh peranti yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan dilancarkan bermula pada suku kedua 2023.

Snapdragon Satellite juga boleh digunakan pada peranti yang lain termasuk komputer riba, tablet, kereta dan produk IoT.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.