Storan SSD PCIe 4.0 Samsung 990 Pro kini ditawarkan di Malaysia
Samsung Malaysia Electronics hari ini telah mengumumkan penawaran SSD 990 PRO yang kini boleh dibeli melalui wakil pengedar sah Samsung di seluruh negara.
Samsung 990 Pro NVMe SSD berprestasi tinggi ini adalah berdasarkan PCIe 4.0. memberikan kelajuan sepantas kilat dan kecekapan kuasa yang unggul, SSD baharu ini juga dioptimumkan untuk permainan yang memerlukan grafik dan tugasan intensif lain termasuk pemaparan 3D, penyuntingan video 4K dan analisis data.
Selain itu, SSD 990 Pro ini tampil dengan V-NAND terbaru Samsung dan pengawal proprietari baharu, siri 990 PRO menawarkan kelajuan tertinggi yang tersedia pada masa ini daripada antara muka PCIe 4.0. SSD iaitu dengan kelajuan baca dan tulis sehingga 7,450 MB/s dan 6,900 MB/s.
Seterusnya, SSD NVMe berprestasi tinggi juga penting dalam memaksimakan potensi penuh konsol permainan dan teknologi permainan terkini. Dikuasakan oleh NVMe, 990 PRO membawa masa pemuatan yang lebih pantas ke PC dan konsol untuk pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan.
Dalam pada itu, SSD terbaru Samsung menawarkan peningkatan kecekapan kuasa SSD sehingga 50% berbanding 980 PRO. Selain itu, 990 PRO juga menggunakan salutan nikel pada pengawal dan label penyebar haba pada driver untuk pengurusan haba yang lebih baik. Teknologi Dynamic Thermal Guard Samsung juga memastikan suhu driver kekal dalam julat optimum.
990 PRO dan 990 PRO with Heatsink akan ditawarkan didalam dua kapasiti iaitu 1TB dan 2TB dengan 5 tahun jaminan waranti.
Maklumat lanjut di :
https://www.samsung.com/my/memory-storage/nvme-ssd/nvme-pcie-gen-4-2tb-mz-v9p2t0cw/
https://www.samsung.com/my/memory-storage/nvme-ssd/990-pro-2tb-nvme-pcie-gen-4-mz-v9p2t0bw/