Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 11 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Disember ini

iQOO 11 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Disember ini 1

iQOO 11 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Disember ini 2

iQOO 11 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Disember ini namun syarikat ini akan menganjurkan iQOO Experience Day pada 2 Disember yang dijangka akan memberikan kami maklumat penuh mengenai telefon pintar ini.

Setakat ini, iQOO 11 telah disahka akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang telah diumumkan baru-baru ini bersama reka bentuk dengan kerjasama BMW M Motorsport.

iQOO 11 akan menjadi telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan ini bakal membolehkan syarikat ini menawarkan sebuah peranti flagship 2023 lebih awal berbanding jenama lain di Malaysia.

Kami akan ke iQOO Experience Day pada 2 Disember ini untuk memberikan anda maklumat terkini mengenai iQOO 11 yang termasuk spesifikasi dan harga.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.