Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Permintaan telefon pintar foldable Samsung dari syarikat perusahaan adalah dua kali ganda lebih tinggi

Samsung telah mengumumkan bahawa jualan telefon pintar Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 yang dijual untuk kegunaan perusahaan telah menyaksikan peningkatan lebih daripada dua kali ganda tahun ke tahun.

Dari Januari hingga Oktober 2022, bilangan telefon pintar boleh lipat yang dijual oleh Samsung kepada pelanggan perusahaan meningkat sebanyak 105% berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Ini akan membantu pertumbuhan pasaran telefon pintar boleh lipat ke 16 juta unit pada tahun ini dan dijangka berkembang kepada 26 juta unit pada 2023.

Pengguna perusahaan memilih Galaxy Z Series kerana ianya lebih mudah untuk melakukan multitasking pada skrin besar , dan pengoptimuman aplikasi yang berkuasa untuk peranti boleh lipat.

Antara aplikasi yang digunakan oleh kebanyakkan syarikat dan dioptimumkan untuk Galaxy Z Series adalah Bloomberg Professional, DocuSign, IBM iX dan banyak lagi.

Selain itu, Samsung juga komited untuk bekerjasama dengan rakan peneraju industri untuk mencipta pengalaman mudah alih baharu, dan bekerjasama lebih rapat dalam beberapa bulan akan datang untuk memanfaatkan teknologi unik seperti telefon pintar foldable ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.