vivo X90 Pro+ kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera berkemampuan tinggi
Selain vivo X90 Pro dan X90, vivo juga telah memperkenalkan vivo X90 Pro+ yang merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.
vivo X90 Pro+ tampil dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. ianya adalah panel LTPO 4 (Samsung E6) dengan kecerahan maksima 1,800nits dan sokongan Dolby Vision.
Selain cip Snapdragon 8 Gen 2, vivo X90 Pro+ juga memiliki 12GB RAM, dua storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS 4.0 dan sistem penyejukan 8,900mm².
vivo X90 Pro+ juga tampil dengan sensor utama 1-inci IMX989 dengan aperture f/1.75, sensor ultrawide 114° 48MP IMX598 dan sensor telefoto periskop 64MP yang menawarkan 3.5x zoom optik. X90 Pro+ juga memiliki sensor portrait 50MP (50mm) dan ToF. kesemua sensor ini memiliki OIS kecuali sensor telefoto 48MP. Kamera selfie yang digunakan adalah 32MP.
vivo X90 Pro+ juga merakam video 8K pada kadar 30fps dan video RAW 14-bit untuk kualiti tambahan.
Melengkapkan bahagian kamera ini adalah dengan penggunaan cip pengimejan V2 yang membantu pemprosesan imej dan gambar low-light yang lebih baik.
Ke bateri, vivo X90 Pro+ memiliki bateri 4,700mAh dengan pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 50W.
lain-lain spesifikasi vivo X90 Pro+ juga memiliki Bluetooth 5.3, USB-C 3.2 Gen, pensijilan IP68 dan antaramuka OriginOS 3.
vivo X90 Pro+ akan ditawarkan didalam warna black dan red dengan harga yang bermula dari CNY 6,499 (RM 4,153) bagi varian 12/256GB dan CNY 6,999 (RM 4,472) bagi varian 12/512GB.