OPPO Find X6 Series akan menjadi antara telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen 2
OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship OPPO Find X Series akan dijana dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2.
Selain itu, OPPO juga telah membuat penampilan di Snapdragon Summit 2022 untuk memperkenalkan kerjasama antara OPPO dan Qualcomm Technologies, Inc. dalam teknologi grafik ray tracing untuk telefon pintar.
Berbanding dengan teknologi ray tracing berasaskan penjanaan perisian sebelum ini, kecekapan ray tracing meningkat sebanyak faktor 5 dan mengurangkan beban CPU sebanyak 90%.
Dengan pengesahan ini, OPPO Find X6 Series akan menjadi antara telefon pintar pertama dipasaran untuk menggunapakai cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan grafik ray tracing.