realme 10 Series akan dilancarkan pada bulan November
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 10 series akan dilancarkan pada bulan November.
realme 10 series juga telah disahkan akan menampilkan tiga teknologi ‘leap-forward’ pada kategori harga dengan penambahbaikan pada reka bentuk, prestasi dan paparan.
Setakat ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diketahui, namun realme 10 Pro+ dijangka akan tampil dengan cip MediaTek Dimensity 1080, skrin paparan curved AMOLED 120Hz, kamera utama 50MP dengan OIS dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.
Selain itu, realme 10 pula dikatakan akan tampil dengan cip MediaTek G99, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W.
Akhir sekali, realme 10 Series dijangka akan terdiri daripada tiga model iaitu realme 10, realme 10 Pro dan realme 10 Pro+ dengan pelancaran di pasaran India terlebih dahulu.