Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Ear (stick) kini rasmi dengan reka bentuk berinspirasikan gincu – RM 469

Nothing secara rasminya telah melancarkan produk ketiga mereka iaitu Nothing Ear (stick) selepas pelancaran Nothing Ear (1) dan Nothing Phone (1).

Nothing Ear (stick) tampil dengan bekas pengecasan berbentuk silinder yang lutsinar dan berinspirasikan gincu.

Nothing Ear (stick) memiliki reka bentuk half in-ear design tanpa eartip silikon namun dengan pemacu 12.6mm dan sehingga 29 jam jangka hayat bateri apabila digunakan bersama bekas pengecasan ( 7 jam pada buds)

Selain itu, Nothing Ear (stick) tidak menawarkan pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) namun terdapat Clear Voice Technology yang bersandarkan kepada 3 mikrofon dan Bass Lock yang melaras tahap bass secara dinamik bergantung kepada keadaan persekitaran.

Dalam pada itu, Nothing Ear (stick) juga menyokong Google Fast Pair, kalis air dan habuk IP54.

Nothing Ear (stick) akan ditawarkan di Malaysia mulai 4 November dan harga jualan rasmi earbuds terbaru ini adalah RM 469.

Nothing Ear (stick) boleh dibeli melalui wakil pengedar rasmi seperti SenHeng, Thunder Match, Urban Republic, DirectD atau di stor rasmi Nothing di Shopee dan Lazada.

maklumat lanjut di Nothing Malaysia 

Baca ULASAN : Nothing ear (1) – TWS Mampu Milik Terbaik Dengan Teknologi ANC

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.