Xiaomi 12T Pro dengan sensor 200MP hanya memperoleh 129 mata pada ujian kamera DxOMark
Xiaomi 12T Pro merupakan telefon pintar pertama Xiaomi dengan sensor 200MP dan ianya telah dilancarkan baru-baru ini untuk pasaran global yang termasuk pasaran Malaysia.
DxOMark telah melakukan ujian kamera menyeluruh bagi Xiaomi 12T Pro dan keputusan yang diberikan adalah sedikit mengejutkan memandangkan ianya memiliki sensor utama 200MP.
DxOMark telah memberikan 129 mata secara keseluruhan bagi bahagian kamera Xiaomi 12T Pro yang meletakkanya ditangga ke-18 pasaran global.
Xiaomi 12T Pro telah memperoleh 130 mata bagi ujian gambar manakala bagi ujian video, telefon pintar ini telah memperoleh 134 mata.
Menariknya, DxOmark telah memberikan 115 mata bagi Xiaomi 12T yang menggunakan sensor utama 108MP.
Xiaomi 12T Pro dengan sensor 200MP kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,699
Baca ulasan kamera DxOMark bagi Xiaomi 12T Pro di SINI