Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Ear (Stick) akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober ini

Nothing Ear (Stick) akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober ini 3

Selepas pelancaran Nothing Phone (1) beberapa bulan lalu, Nothing kini telah mengesahkan pelancaran produk ketiga syarikat ini iaitu Nothing Ear (Stick).

Nothing Ear (Stick) adalah sebuah TWS yang mempunyai rekabentuk bekas seperti lipstick dan penampilan pertama syarikat ini telah dilakukan di London Fashion Week pada penghujung bulan September.

Setiap earbuds Nothing Ear (Stick) ini mempunyai berat hanya 4.4 gram iaitu 0.3 gram lebih ringan berbanding Nothing Ear (1) dan Nothing juga mendakwa ianya telah diuji pada 100 jenis cuping telinga yang terbukti selesa dipakai sepanjang hari.

Nothing Ear (Stick) akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.