Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12T Pro dengan sensor 200MP kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,699

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi 12T Pro dengan sensor 200MP dan ianya turut disertai Xiaomi 12T.

Xiaomi 12T Pro hadir dengan sensor utama 200MP ISOCELL HP1 yang mempunyai OIS dengan kebolehan merakam video 8K dan HDR10+. Sensor utama ini juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah unit 20MP.

Beralih kepada skrin, Xiaomi 12T Pro menampilkan skrin paparan flat AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz ( menyokong kadar penyegaran bingkai n 30, 60, 90 dan 120Hz), kecerahan maksima 900nits dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, Xiaomi 12T Pro juga hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB atau 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada bateri, Xiaomi 12T Pro juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W yang mampu menawarkan kapasiti penuh didalam masa 19 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi Xiaomi 12T Pro adalah pembesar suara stereo Harmon Kardon dengan Dolby Atmos, WiFi 6(ax), Bluetooth 5.2 dan NFC.

Xiaomi 12T Pro akan mula ditawarkan bermula 13 Oktober ini namun pra-tempahan di Malaysia akan dibuka mulai 4 Oktober pada harga RM 2,699 bagi versi 8/256GB dan RM 2,999 bagi versi 12/256GB.

Pra-tempahan versi 8/256GB di Lazada dan Shopee akan turut menerima Mi Watch bernilai RM 469 manakala pra-tempahan di stor akan menerima Xiaomi Smart Band 7 Pro dan Redmi Buds 3 Pro.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.