Honor X40 GT kini rasmi dengan skrin LCD 144Hz dan cip Snapdragon 888
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Honor secara rasminya telah melancarkan Honor X40 GT yang dijana dengan cipset Snapdragon 888.
Honor X40 GT hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.81-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz.
Selain itu, cip Snapdragon 888 pada Honor X40 GT ini dipadankan dengan 8/12GB RAM dan dua storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB. Terdapat juga pad penyejukan grafit 8 lapisan dan antaramuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.
Beralih kepada bahagian kamera, Honor X40 GT memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 16MP.
Ke bahagian bateri pula, telefon pintar ini memiliki sel berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W.
Honor X40 GT ditawarkan didalam warna black, silver dan racing black pada harga dari CNY 2,099 (RM 1,375).