Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung One UI 5 yang berasaskan Android 13 akan tiba ke Galaxy S22 Series penghujung Oktober

Samsung akan mula menawarkan kemaskini One UI 5 yang berasaskan Android 13 kepada pengguna Samsung Galaxy S22 Series pada penghujung bulan Oktober.

Pengesahan ini telah diumumkan oleh syarikat ini di Samsung Developer Conference 2022 baru-baru ini.

Kemaskini One UI 5 ini akan membawakan antaramuka berasaskan Android 13 yang terdiri daripada beberapa ciri baharu Android seperti integrasi Materia You yang lebih menyeluruh, tema Dynamic dan lockscreen Dynamic yang baharu.

Selain itu, One UI 5 juga akan menyokong ciri multi-user yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar Samsung.

Seterusnya, penawaran Android 13 pada bulan Oktober bermaksud kemaskini generasi baharu Android ini adalah sebulan lebih awal berbanding kemaksini One UI 4 bagi Galaxy S21 Series pada bulan November tahun lalu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.