Tablet Xiaomi Redmi Pad kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 899 sahaja
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan tablet Xiaomi Redmi Pad untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan dari RM 899 sahaja.
Xiaomi Redmi Pad hadir dengan skrin paparan LCD 1 bilion warna berukuran 10.6-inci dengan resolusi 2K (1200×2000 piksel) dan kadar segar semula 90Hz bersama-sama 4 pembesar suara Dolby Atmos.
Selain itu, Xiaomi Redmi Pad juga dikuasakan dengan cip 6nm Helio G99 bersama-sama tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 3/64GB, 4/64GB dan 6/128GB.
Seterusnya, Xiaomi Redmi Pad juga dilengkapi satu unit kamera 8MP dibelakang dan satu unit 8MP dihadapan yang mempunyai 105° fov dengan FocusFrame.
Tablet ini juga memiliki bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan pantas 18W, MIUI 13 berasaskan Android 12 bersama jaminan 2 tahun kemaskini Android dan 3 tahun kemaskini MIUI.
Xiaomi Redmi Pad ditawarkan di Malaysia mulai 5 Oktober ini didalam tiga pilihan warna iaitu Graphite Grey, Moonlight Silver dan Mint Green pada harga RM 899 bagi varian 3GB+64GB, RM 999 bagi varian 4GB+128GB dan RM 1,099 bagi varian 6GB+128GB.