Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Pro 5G – Telefon Pintar dengan skrin 120Hz terbaik yang membantu anda menjadi pahlawan dunia permainan video

OPPO Reno8 Pro 5G – Telefon Pintar dengan skrin 120Hz  terbaik yang membantu anda menjadi pahlawan dunia permainan video

Sejak dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lalu, kemampuan OPPO Reno8 Pro 5G sebagai sebuah telefon pintar midrange premium yang mampu menawarkan prestasi setaraf peranti flagship telah terbukti dan jualan pertama Siri OPPO Reno8 5G juga telah menyaksikan peningkatan sebanyak 168% berbanding generasi sebelum ini.

Sebagai sebuah telefon pintar berkemampuan tinggi, OPPO Reno8 Pro 5G dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang mampu memberikan anda kepuasan maksima ketika gaming.

Antara permainan video popular di kalangan pengguna telefon pintar adalah PUBG Mobile, Call of Duty : Mobile, League of Legends, Mobile Legends, Genshin Impact dan banyak lagi.

Apa yang menarik adalah OPPO Reno8 Pro 5G ternyata mampu memberikan pengguna pengalaman gaming yang memuaskan dan imersif hampir semua permainan video yang kami senaraikan di atas.

Nak tahu bagaimana OPPO Reno8 Pro 5G mampu memberikan anda pengalaman gaming terbaik? teruskan membaca artikel ini.

Paparan 120Hz AMOLED untuk Pengalaman Gaming Menakjubkan

OPPO Reno8 Pro 5G memiliki skrin paparan Ultra-Clear AMOLED berukuran 6.7-inci yang menawarkan kadar segar semula 120Hz. Ini bermaksud kadar bingkai pada skrin OPPO Reno8 Pro 5G mampu mencapai had maksima 120Hz dan ini menjanjikan anda paparan yang sangat lancar.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro 5G juga dilengkapi kadar pensampelan sentuhan 360Hz memastikan setiap input anda ketika gaming diterima sepantas kilat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada anda. 

Bagi peminat permainan PUBG Mobile, anda pasti teruja untuk mengetahui bahawa OPPO Reno8 Pro 5G juga menyokong mod Super 90Hz pada permainan ini dan lebih membanggakan ianya adalah model pertama Siri OPPO Reno untuk menyokong mod ini.

Dalam pada itu, pengalaman gaming pada OPPO Reno8 Pro 5G juga lebih realistik kerana ianya turut memiliki motor vibrasi X-axis yang memberikan kesan getaran yang sangat imersif untuk anda menikmati gaming seperti pada konsol permainan.

Bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 80W Super VOOC 

Walaupun tampil dengan reka bentuk yang sangat nipis, OPPO Reno8 Pro 5G masih disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang mampu menawarkan anda jangka hayat bateri yang baik walaupun dengan sesi gaming yang berpanjangan.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro 5G ini turut dilengkapi teknologi pengecasan kelas flagship iaitu 80W SUPERVOOC yang menjanjikan 50% pengecasan didalam masa 11 minit manakala pengecasan penuh hanya mengambil masa sekitar 28 minit. 

Lebih menarik, 5 minit pengecasan dengan menggunakan adapter 80W SUPERVOOC ini membolehkan anda menikmati tambahan 120 minit permainan video kegemaran anda yang pasti memberikan kelegaan jika hampir kehabisan bateri ketika berada diambang kemenangan.

Untuk memberikan pengguna ketenangan minda ketika pengecasan, teknologi pengecasan 80W SUPERVOOC yang ditawarkan pada OPPO Reno8 Pro 5G juga telah menerima pengiktirafan Tüv Rheinland Safe Fast-Charge System.

Nikmati prestasi kelas flagship MediaTek Dimensity 8100-Max

OPPO Reno8 Pro 5G dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 8100-Max dan ianya adalah cip yang diperbuat berasaskan proses fabrikasi 5nm dan turut menyokong rangkaian 5G.

Cip kelas flagship daripada MediaTek ini ternyata mampu menawarkan anda prestasi terbaik yang stabil dan konsisten tanpa mengira betapa tinggi keperluan grafik sesuatu permainan video tersebut.

Selain itu, turut membantu OPPO Reno8 Pro 5G menjadi peranti gaming terbaik untuk anda adalah kombinasi teknologi terkini seperti RAM jenis LPPDDR5, WiFi 6, storan jenis UFS 3.1 dan Bluetooth 5.3

Buktinya adalah pada ujian GeekBench 5 yang mana cip Snapdragon 888 mempunyai kelebihan ketara pada ujian satu teras namun pada ujian pelbagai teras, cip Dimensity 8100-Max yang digunakan pada OPPO Reno8 Pro 5G ternyata mempunyai kelebihan pada ujian ini.

Dari segi pengurusan haba pula, cip Dimensity 8100 dilihat masih mampu mengekalkan prestasi pada tahap terbaik walaupun selepas ujian berterusan pada GeekBench 5 namun cip Snapdragon 888 mula menunjukkan kemerosotan prestasi akibat pemanasan selepas tontonan video atau permainan video yang berpanjangan.

Dari pengalaman peribadi kami menguji telefon pintar dengan cip Snapdragon 888 sebelum ini, kami mendapati prestasi gaming pada OPPO Reno8 Pro 5G adalah lebih stabil dan tiada juga pemanasan yang melampau pada telefon pintar ini berbanding peranti dengan cip Snapdragon 888.

Akhir sekali, kemampuan OPPO Reno8 Pro 5G sebagai sebuah telefon pintar gaming terbaik tidak dapat dinafikan dan ianya pasti sesuatu yang menjadi idaman peminat permainan video. 

Satu info menarik, OPPO Reno8 Pro 5G yang dijual di pasaran Malaysia adalah model Reno8 Pro+ bagi pasaran China dengan spesifikasi tertinggi.

OPPO Reno8 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 dan pembelian boleh dilakukan di kedai dalam talian rasmi OPPO dan stor rasmi OPPO di Lazada.

Dapatkan Siri OPPO Reno8 5G di Stor Atas Talian Rasmi OPPO

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.