Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maybank akan beralih sepenuhnya dari SMS OTP ke Secure2u menjelang Jun 2023

Maybank akan beralih sepenuhnya dari SMS OTP ke Secure2u menjelang Jun 2023 1

Maybank akan beralih sepenuhnya dari SMS OTP ke Secure2u menjelang Jun 2023 2

Maybank Malaysia telah mengumumkan ianya akan beralih kepada kaedah pengesahan Secure2u secara sepenuhnya menjelang Jun 2023.

Bermula Jun 2023, segala aktiviti atau transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta perubahan kepada maklumat peribadi dan tetapan akaun hanya boleh disahkan melalui kaedah Secure2u yang lebih selamat berbanding kaedah SMS OTP.

Peralihan kepada sistem pengesahan Secure2u ini adalah selaras dengan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu badan perbankan beralih kepada sistem ini dari sistem OTP melalui SMS.

Selain itu, Maybank juga menyediakan talian yang beroperasi 24/7 untuk pelanggan melaporkan insiden penipuan kewangan atau scam dengan menghubungi +603 5891 4744.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.