Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12T Pro dan Xiaomi 12T akan dilancarkan 4 Oktober ini – guna sensor 200MP

Xiaomi sscara rasminya telah mengesahkan majlis pelancaran yang akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan telefon pintar Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro.

Majlis pelancaran ini akan berlangsung pada 4 Oktober ini dengan tema ‘Make Moments Mega’ yang merujuk kepada telefon pintar Xiaomi 12T Pro yang akan tampil dengan sensor utama 200MP ISOCELL HP1 yang telah digunakan pada Motorola Edge 30 Ultra.

Selain Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro, syarikat ini juga mungkin melancarkan tablet Redmi Pad dan Redmi Earbuds yang baharu.

Majlis pelancaran Xiaomi ini boleh disaksikan secara langsung melalui platform media sosial rasmi syarikat ini pada 4 Oktober bermula jam 8 malam.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.