Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Samsung Galaxy S23 Series telah didedahkan

Kita mungkin beberapa bulan sahaja sebelum pelancaran Samsung Galaxy S23 Series dan maklumat mengenai telefon pintar ini sudah mula dikeluarkan dengan gambar lakaran Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Gambar yang dikeluarkan oleh @onleaks dengan kerjasama smartprix memberikan bukti bahawa Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23+ memiliki reka bentuk yang hampir sama seperti generasi sebelum ini namun reka bentuk kamera ini adalah sama seperti pada Galaxy S22 Ultra iaitu tanpa modul kamera Contour-Cut yang.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S23 Ultra pula akan hadir dengan reka bentuk yang sama namun dua sensor kecil adalah terbenam sepenuhnya pada rangka telefon pintar ini.

Selain itu, Samsung Galaxy S23 Series juga dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan Exynos 2300 dibeberapa pasaran manakala Samsung Galaxy S23 Ultra akan memiliki sensor utama 200MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.