Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon 8 Gen 2 akan dilancarkan di Snapdragon Summit pada 15-17 November

Snapdragon 8 Gen 2 akan dilancarkan di Snapdragon Summit pada 15-17 November 1

Snapdragon 8 Gen 2 akan dilancarkan di Snapdragon Summit pada 15-17 November 2

Qualcomm secara rasminya telah mengesahkan sidang Snapdragon Summit 2022 akan diadakan pada 15 hingga 17 November ini di Hawaii.

Snapdragon Summit akan menyaksikan Qualcomm memperkenalkan cip flagship terbaru syarikat ini yang akan digunakan pada kebanyakkan telefon pintar flagship Android pada tahun 2023 dan ianya akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 2.

Selain Snapdragon 8 Gen 2, Qualcomm juga akan memperkenalkan beberapa lagi cip kelas pertengahan didalam Snapdragon 7 Series.

Qualcomm tidak mendedahkan sebab Snapdragon Summit tahun diadakan lebih awal namun ianya mungkin untuk memastikan pengeluar telefon pintar memiliki masa yang mencukupi untuk mengeluarkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebelum tahun baru Cina disambut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.