Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Malaysia buka pendaftaran minat bagi Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4

Majlis pelancaran Samsung Unpacked yang kedua bagi tahun ini telah disahkan akan berlangsung pada 10 Ogos 2022.

Majlis pelancaran ini akan menjadi pentas untuk Samsung memperkenalkan generasi baharu telefon pintar foldable mereka iaitu Samsung Galaxy Fold4 dan Samsung Galaxy Flip4.

Sehubungan dengan itu, Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa siaran langsung majlis Samsung Unpacked ini boleh disaksikan secara langsung pada 10 Ogos ini di Samsung.com/my dan YouTube Samsung Malaysia bermula jam 9 malam.

Selain itu, Samsung Malaysia juga membuka pendaftaran minat bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Z Series yang terbaru ini dan akan turut menerima e-baucar bernilai RM 200 yang akan diberikan selepas anda membuat pra-tempahan.

Daftar minat di Samsung Malaysia

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pasaran Malaysia dijangka akan menjadi antara negara terawal untuk menerima telefon Samsung Galaxy Z Series ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.