Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022
![Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022 1 Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2022/07/22-07-19-22-34-20-181_deco-1024x768.jpg)
Samsung Mobile secara rasminya telah mengesahkan satu majlis pelancaran Samsung Unpacked akan berlangsung pada 10 Ogos ini dan ianya akan menjadi detik pelancaran Samsung Galaxy Z Series bersama Samsung Galaxy Watch 5 Series.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Samsung Galaxy Z Series akan terdiri daripada dua model iaitu Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.
Selain itu, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan generasi terbaru jam pintar Galaxy Watch 5 Series.
Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai telefon pintar foldable terbaru Samsung ini didedahkan.