Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Pro dan Reno8 mula ditawarkan di pasaran global

OPPO Reno8 Pro dan Reno8 mula ditawarkan di pasaran global 9

OPPO Reno8 Series telah dilancarkan di pasaran China pada bulan Mei yang lalu dan penawaran global telefon pintar ini kini telah bermula dengan pelancaran di pasaran India.

OPPO Reno8 dan OPPO Reno8 Pro adalah pertaruhan OPPO untuk pasaran antarabangsa dan tanpa melengahkan masa mari kita lihat spesifikasi OPPO Reno8 dan OPPO Reno8 Pro.

OPPO Reno8 Pro dan Reno8 mula ditawarkan di pasaran global 10

OPPO Reno8 Pro

OPPO Reno8 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan panel ini juga memiliki sensor selfie 32MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro juga memiki reka bentuk bezel yang sangat nipis iaitu hanya 2.37mm pada bahagian atas dan bawah skrin manakala bezel sisi adalah 1.48mm sahaja.

Bercakap mengenai cipset, OPPO Reno8 Pro hadir dengan MediaTek Dimensity 8100 Max, sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada bahagian kamera, OPPO Reno8 Pro memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766 yang sama seperti pada Find X5 Pro dan ianya juga disertakan cip NPU MariSilicon X.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro+ juga memiliki sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Beralih kepada antaramuka, ianya memiliki ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12 dan terdapat bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 80W SuperVOOC.

OPPO Reno8 Pro dan Reno8 mula ditawarkan di pasaran global 11

OPPO Reno8

OPPO Reno8 merupakan model kedua didalam OPPO Reno8 Series dan ianya hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.43-inci.

OPPO Reno8 dikuasakan dengan cip MediaTek 1300, 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalam sehingga 256GB (UFS 3.1) serta ColorOS 12.1

Selain itu, OPPO Reno8 memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

OPPO Reno8 Pro dan Reno8 mula ditawarkan di pasaran global 12

Akhir sekali, Reno8 juga memiliki bateri yang sama seperti model Reno8 Pro iaitu bateri 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC serta ciri Battery Health Engine yang memastikan kadar degradasi bateri hanya berlaku selepas 1,600 kitaran pengecasan.

OPPO Reno8 Series 5G akan turut dilancarkan di Malaysia pada 21 Julai ini iaitu didalam masa dua hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.