OPPO Reno8 Pro+ kini rasmi dengan Dimensity 8100 Max dan MariSilicon X
OPPO secara rasminya telah melancarkan OPPO Reno8 Series yang terdiri daripada tiga model iaitu OPPO Reno8, Reno8 Pro dan Reno8 Pro+.
Pada artikel ini kita akan melihat OPPO Reno8 Pro+ yang merupakan model paling premium didalam OPPO Reno8 Series.
OPPO Reno8 Pro+
OPPO Reno8 Pro+ hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan panel ini juga memiliki sensor selfie 32MP yang mempunyai pemfokusan auto.
Selain itu, OPPO Reno8 Pro+ juga memiki reka bentuk bezel yang sangat nipis iaitu hanya 2.37mm pada bahagian atas dan bawah skrin manakala bezel sisi adalah 1.48mm sahaja.
Bercakap mengenai cipset, OPPO Reno8 Pro+ hadir dengan MediaTek Dimensity 8100 Max, sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.
Beralih kepada bahagian kamera, OPPO Reno8 Pro+ memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766 yang sama seperti pada Find X5 Pro dan ianya juga disertakan cip NPU MariSilicon X.
Selain itu, OPPO Reno8 Pro+ juga memiliki sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Beralih kepada antaramuka, ianya memiliki ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12 dan terdapat bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 80W SuperVOOC.
OPPO Reno8 Pro+ akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Grey, Black dan Green.
Harga OPPO Reno8 Pro+ di China adalah seperti berikut:
OPPO Reno8 Pro+ 8/256GB – CNY 3,699
OPPO Reno8 Pro+ 12/256GB – CNY 3,999