Xiaomi umum kerjasama dengan Leica – Xiaomi 12 Ultra akan dilancarkan pada bulan Julai
Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan jenama kamera ikonik iaitu Leica.
Selain itu, Xiaomi juga telah mengesahkan telefon pintar flagship pertama hasil kerjasama dengan Leica akan dilancarkan pada bulan Julai dan ianya mungkin merujuk kepada Xiaomi 12 Ultra.
Xiaomi dan Leica berkongsi idea yang sama mengenai pengimejan mudah alih. Kedua-dua akan terus meneroka prestasi optik dan pengalaman fotografi dalam era pengimejan mudah alih melalui penemuan teknologi yang ekstrim dan usaha estetik.
Leica sebelum ini telah bekerjasama dengan HUAWEI yang telah berjaya menghasilkan telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik dipasaran iaitu HUAWEI P Series.