Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS Malaysia lancar 4 komputer riba premium Zenbook di Malaysia – harga dari RM 4,399

ASUS Malaysia secara rasminya telah melancarkan beberapa model komputer riba premium Zenbook pada pelancaran 2022 ASUS Zenbook Series Grand Launch.

Selain daripada ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition (UX5401Z), ASUS juga telah melancarkan Zenbook Pro 14 Duo OLED (UX8402) yang berkuasa, Zenbook Pro 16X OLED (UX7602) yang inovatif dan Zenbook 14 OLED (UX3402) yang anggun.

ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition  (UC5401Z)

ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition adalah model komputer riba yang dilancarkan sempena meraikan ulang tahun ke-25 komputer riba ASUS P6300 yang berada di stesen angkasa MIR selama 600 hari.

Menampilkan perincian reka bentuk bertemakan angkasa yang unik pada penutup dan kawasan tempat letak tapak tangan serta disiapkan dalam warna Zero-G Titanium yang istimewa, Zenbook 14X OLED Space Edition meraikan peristiwa penting dalam sejarah komputer riba ASUS.

Eksklusif pada ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition ini adalah paparan OLED pintar ZenVision berukuran 3.5-inci pada bahagian luar komputer. Skrin ini mampu menawarkan mesej, team dan animasi.

Selain itu, komputer riba ini juga mempunyai ketahanan yang tinggi dimana ianya mematuhi protokol ujian US Space Systems Command Standard SMC-S-016A yang sangat ketat, jadi ia mampu menahan getaran melampau yang 4 kali lebih tinggi daripada ketahanan Gred Industri Kententeraan .

Selain itu, ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition juga menawarkan prestasi terbaik dengan pemproses siri H Intel Core i7 Generasi ke-12, grafik Intel Iris Xe,16GB RAM, storan SSD PCIe 4.0 x4 dan WiFi 6E.

Seterusnya, ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition juga memiliki skrin paparan sesentuh 2.8K OLED 90Hz PANTONE dengan nisbah 16:10.

Berikut adalah harga ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition

ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition (UX5401) (i7-12700H/16G/1TB) – RM 6,499

ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition (UX5401) (i5-12500H/16G/512GB) – RM 5,599

Asus Zenbook Pro 14 Duo OLED

Zenbook Pro 14 Duo OLED ialah komputer riba dwi-skrin yang berkuasa yang merupakan komputer riba OLED 14.5-inci 2.8K 120 Hz pertama di dunia.

Ia menampilkan skrin sentuh kedua ScreenPad Plus 12.7-inci yang lebih besar dan cerah, digabungkan dengan reka bentuk auto condong AAS Ultra yang menambah baik penyejukan dan ergonomik.

Zenbook Pro 14 Duo OLED yang sangat berkuasa dengan pengiktirafan Intel Evo yang membolehkan pencipta meningkatkan kuasa kreatif mereka secara maksimum.

Pemproses Intel® Core™ i7 12700H Generasi ke-12 dan GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti gred pencipta disejukkan untuk prestasi melampau — sehingga TDP gabungan 85 watt — teknologi ASUS IceCool Plus, dibantu oleh mekanisme AAS Ultra yang inovatif , yang mengeluarkan casis dengan cekap dan juga mencondongkan skrin sentuh sekunder ScreenPad Plus generasi seterusnya sebanyak 12°, meletakkannya pada sudut yang selesa untuk sentuhan dan tontonan bagi memastikan pengalaman yang lancar dan mendalam.

Untuk visual kelas studio, skrin sentuh 2.8K OLED HDR 16:10 utama Dolby Vision yang terkemuka di dunia mempunyai kadar kadar segar semula 120 Hz yang lancar, kecerahan maksima 500 nits, ketepatan warna yang Disahkan PANTONE.

ASUS Zenbook Pro14 Duo OLED (UX8402) akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM RM8,999 bagi varian i7-12700H/16G/512GB/RTX3050Ti.

Selain itu, dua lagi model komputer riba premium yang diperkenalkan di Malaysia adalah :

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3402) akan ditawarkan pada harga RM 5,599 bagi varian i7-1260P/16G/1TB) dan RM 4,399 bagi varian i5-1240P/16G/512GB) di Malaysia.

ASUS Zenbook Pro 16X OLED (UX7602) akan ditawarkan pada harga RM11,999 bagi varian i7-12700H/16G/1TB/RTX3060

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.