Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung dilaporkan akan bangunkan cip khas bagi Galaxy S Series

Samsung dilaporkan akan bangunkan cip khas bagi Galaxy S Series 1

Samsung dilaporkan akan bangunkan cip khas bagi Galaxy S Series 2

Samsung dilaporkan akan membangunkan cipset khas untuk telefon pintar flagship Galaxy S Series mulai tahun 2025.

Anda mungkin tahu bahawa cip Exynos juga dikeluarkan oleh Samsung namun ianya tidak eksklusif kepada Galaxy S Series malah turut digunakan oleh pengeluar lain seperti Motorola dan vivo.

Laporan terbaru Inews24 dari Korea Selatan dan tipster IceUniverse mendakwa pihak atasan Samsung tidak berpuashati dengan skandal GOS pada Galaxy S22 Series yang disebabkan oleh sistem pengurusan haba yang cekap pada cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200.

Buat masa ini masih belum ada pengesahan samada cipset khas ini akan dilancarkan dibawah siri Exynos ataupun tidak.

ULASAN : Samsung Galaxy S22 Ultra – Ini adalah Note terbaik

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.