Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro – flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 19

Telefon pintar flaghsip OPPO bagi tahun 2022 iaitu OPPO Find X5 Pro dan telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Mei ini.

Pihak OPPO Malaysia telah menghantar kami satu unit OPPO Find X5 Pro dan berikut adalah unboxing OPPO Find X5 Pro yang memberikan anda pandangan awal tentang generasi baharu telefon pintar flagship Find X Series ini.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 20

Reka Bentuk Space Age

OPPO Find X5 Pro menggabungkan reka unibody melengkung yang futuristik dengan rekaan ketepatan 75°, lengkung organik ini memberikan pengalaman tangan yang selesa dan elegan.

Selain itu, OPPO Find X5 Pro juga diperbuat daripada bahan seramik yang sangat tahan lasak namun ianya melalui proses pembuatan yang sangat rumit yang mengambil masa 168 jam setiap satu panel.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 21

Hasilnya, panel seramik OPPO Find X5 Pro ini memberikan 2 kali ganda ketahanan berbanding panel gelas namun berat telefon pintar adalah sekitar 209 gram sahaja yang bermaksud ianya masih ringan apabila dibandingkan dengan peranti flagship lain dipasaran.

OPPO Find X5 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Ceramic White dan Glaze Black.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 22

Skrin Paparan 1 bilion warna

OPPO Find X5 Pro hadir dengan skrin paparan LTPO WQHD+ berukuran 6.7-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dengan teknologi dynamic refresh rate.

Selain itu, panel skrin 10bit yang dimiliki OPPO Find X5 Pro ini menyokong paparan lebih dari1 bilion warna dengan kadar kecerahan maksima 1,300nits dan pengiktirafan A+ daripada DisplayMate.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 23

Cip Snapdragon 8 Gen 1 

OPPO Find X5 Pro dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang merupakan cip 4nm terbaru keluaran Qualcomm dan ianya disertakan dengan 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 24

Sistem dwi-kamera flagship + MariSilicon X

OPPO Find X5 Pro memiliki dua sensor utama flagship iaitu dua sensor 50MP Sony IMX766 ( sensor wide dan ultrawide 110⁰) bersama satu sensor telefoto 13MP.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 25

Kesemua sensor ini menyokong 1 bilion warna dan ianya turut dilengkapi cip MariSilicon X yang menawarkan pemprosesan AI yang lebih berkuasa untuk menghidupkan fotografi dan videografi malam.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 26

Bateri 5,000mAh & Pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan 50W AirVOOC.

OPPO Find X5 Pro memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan teknologi pengecasan VOOC iaitu pengecasan berwayar 80W SuperVOOC dan pengecasan tanpa wayar 50W AirVOOC.

Selain itu, bateri dual sel OPPO Find X5 Pro ini juga hadir dengan Battery Health Engine yang memastikan kualiti bateri kekal sama walaupun selepas 1600 kitaran pengecasan.

Terlalu banyak ciri OPPO Find X5 Pro yang mampu meletakkan telefon pintar ini sebagai antara yang terbaik dipasaran, pastikan anda tidak terlepas untuk membaca ulasan OPPO Find X5 Pro kami

Pelancaran OPPO Find X5 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 18 Mei ini.

Buka Kotak : OPPO Find X5 Pro - flagship premium terbaru yang bakal tiba di Malaysia 27

OPPO akan memberikan sejumlah 4 unit OPPO Find X5 Pro dan 2 units OPPO Enco X2, pastikan anda menonton siaran langsung untuk berpeluang memenanginya!

Tonton siaran langsung di:
1. Facebook OPPO Malaysia: shorturl.at/txAEV
2. Youtube OPPO Malaysia: shorturl.at/hCNPV

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.