Xiaomi Civi 1S kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Xiaomi Civi 1S yang merupakan model pengganti kepada Xiaomi Civi yang dilancarkan pada bulan September yang lalu.
Selain perbezaan cipset dan EMUI 13, Xiaomi Civi 1S adalah sama seperti Xiaomi Civi.
Xiaomi Civi 1S adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada reka bentuk yang nipis dan ringan iaitu dibawah 7mm dan berat 166gram. Panel belakang Xiaomi Civi 1S adalah kemasan soft-touch matte yang berasaskan gelas
Xiaomi Civi 1S hadir dengan skrin paparan cuved OLED berukuran 6.55-inci yang menyokong resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.
Panel ini juga mempunyai sokongan HDR10+ dan Dolby Vision dengan kecerahan maksima 950 nits.
Selain itu, Xiaomi Civi 1S juga hadir dengan cip pemprosesan 6nm Snapdragon 778G+ yang mempunyai GPU Adreno 641L, modem 5G X53 dan Wi-Fi 6E.
Bagi memastikan cip ini sentiasa beroperasi pada suhu optimum, Xiaomi Civi 1S tampil dengan 9 lapisan graphene manakala GPU Adreno ini menyokong Variable Rate Shading yang meningkat prestasi tanpa terlalu menjejaskan kualiti imej.
Beralih kepada kamera, Xiaomi Civi 1S hadir dengan sensor utama 64MP yang mempunyai aperture f/1.8 tanpa OIS, sensor 8MP ultra wide 120° dan sensor makro 2MP. Xiaomi Civi juga hadir dengan kamera selfie 32MP yang mempunyai pemfokusan auto.
Xiaomi Civi 1S juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang mempunyai pengecasan pantas 55W yang mampu mengecas penuh bateri ke tahap 100% dalam masa 45 minit sahaja.
Xiaomi Civi 1S juga mempunyai pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan pensijilan Hi-Res audio
Berikut adalah harga Xiaomi Civi 1S di China :
Xiaomi Civi 1S 8/128GB – CNY 2,299
Xiaomi Civi 1S 8/256GB – CNY 2,599
Xiaomi Civi 1S 12/256GB – CNY 2,899