Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip3 Pokemon Edition akan dilancarkan 24 April ini

Telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip3 telah beberapa kali ditawarkan didalam reka bentuk edisi terhad sejak pelancaran rasmi tahun lalu.

Terbaru, Samsung Galaxy Z Flip3 kini ditawarkan didalam edisi Pokemon yang akan dilancarkan di Korea Selatan pada 24 April ini.

Samsung mendakwa Galaxy Z Flip Pokemon Edition ini adalah koleksi terbaik pernah dikeluarkan dan ianya didatangkan dengan kotak pembungkusan unik berwarna merah dengan pelbagai aksesori peranti yang bertemakan Pokemon.

Antara kandungan kotak ini adalah kantung Pokemon khas, clear case dengan pelekat Pikachu, pelekat Pokemon tambahan , soket pop Pokeball dan rantai kunci Pikachu.

Dalam pada itu, Galaxy Z Flip3 ini lihat akan hadir didalam warna hitam.

Selain di Korea Selatan, tiada sebarang maklumat samada Samsung Galaxy Z Flip3 Pokemon Edition ini akan memasuki pasaran lain atau tidak.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.