Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 1

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 2
Selepas pelancaran Redmi K50 Gaming sebelum ini, Redmi K50 Series kini menerima dua keluarga baharu iaitu Redmi K50 dan Redmi K50 Pro.

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 3

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 hadir dengan reka bentuk yang sama dan ianya turut dilengkapi skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus dan kamera selfie Sony IMX596 20MP.

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 4 Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 5

Beralih kepada cipset, kedua-dua telefon pintar ini menggunakan cip pemproses daripada MediaTek iaitu Dimenisty 9000 pada Redmi K50 Pro dan MediaTek Dimensity 8100 pada Redmi K50.

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 6

Beralih kepada kamera, Redmi K50 Pro hadir dengan sensor utama 108MP yang memiliki OIS dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 7

Dalam pada itu, Redmi K50 pula hadir dengan sensor utama 48MP Sony IMX 582 yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Beralih kepada bateri, Redmi K50 Pro memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 120W (0-100% dalam masa 19 minit sahaja). Redmi K50 memiliki bateri yang lebih besar iaitu 5,500mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalah Bluetooth 5.3, pembesar suara stereo Dolby Atmos, NFC dan MIUI 13.

Redmi K50 Pro dan Redmi K50 kini rasmi dengan skrin QHD+ 120Hz dan pemproses flagship MediaTek 8

Redmi K50 Series akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam yang menampilkan reka bentuk belakang nano-mikrohabluran” dengan unsur-unsur kristal ais yang berkilauan, silver, green dan blue.

Berikut adalah harga Redmi K50 Pro dan Redmi K50 :

Redmi K50 Pro 8/128GB – CNY 2,999 (RM 1,981)

Redmi K50 Pro 8/256GB – CNY 3,299 (RM 2,180)

Redmi K50 Pro 12/512GB – CNY 3,999 (RM 2,640)

Redmi K50 8/128GB – CNY 2,399 (RM 1,585)

Redmi K50 12/256GB – CNY 2,799 (RM 1,849)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.