Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 10C kini rasmi di Malaysia pada harga RM 559 sahaja

Xiaomi Redmi 10C kini rasmi di Malaysia pada harga RM 559 sahaja 3
Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar entry level terbaru Redmi 10C akan ditawarkan di Malaysia mulai 19 Mac ini pada harga dari RM 559.

Xiaomi Redmi 10C hadir dengan skrin paparan HD+ DotDrop berukuran 6.71-inci, pemproses Snapdragon 680, 4GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB. Paparan ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3.

Selain itu, Redmi 10C juga memiliki sensor utama 50MP dan satu sensor 2MP. Kamera selfie adalah 5MP.

Beralih kepada bateri, Redmi 10C hadir dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W (hanya adapter 10W disertakan dalam kotak).

Selain, Redmi 10C juga mempunyai slot microSD dan antaramuka MIUI 13 (Android 11).

Xiaomi Redmi 10C akan ditawarkan di Malaysia mulai 19 Mac ini pada harga RM 559 bagi versi 4/64GB manakala versi 4/128GB akan ditawarkan pada harga RM 629.

Anda boleh mendapatkan Redmi 10C di stor Xiaomi, stor rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.