Pelancaran telefon pintar pertama Nothing dijangka berlangsung pada bulan April
Kira-kira setahun lalu, Nothing telah melengkapkan pengambilalihan syarikat telefon pintar Essential dengan satu tujuan, melancarkan telefon pintar pertama Nothing.
Kini, laporan terbaru daripada TechChrunch mendakwa Nothing akan melancarkan telefon pintar pertama mereka seawal bulan April ini.
Menurut sumber TechCrunch, Carl Pei telah mengadakan perjumpaan dengan pemain industri utama di MWC untuk menunjukkan prototaip telefon pintar Nothing yang juga tampil dengan elemen lutsinar seperti produk pertama Nothing iaitu Nothing Ear (1)
Kemasukan sebuah jenama baru kedalam pasaran telefon pintar adalah sesuatu yang menyegarkan namun masih menjadi tanda tanya samada telefon pintar Nothing mampu memberikan persaingan didalam pasaran global yang sangat kompetitif pada semua tahap harga.
Jika anda masih tidak tahu, Nothing adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Carl-Pei yang merupakan pengasas bersama OnePlus.