Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Z 5G kini rasmi dengan Snapdragon 695 dan reka bentuk Oppo Glow


Oppo Reno7 Series telah dilancarkan di Malaysia bulan lalu walaupun pada permulaanya di lancarkan di China pada bulan November yang lalu.

Oppo kini telah mengumumkan penawaran Oppo Reno7 Z 5G di Thailand dan terdapat juga kemungkinan telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia.

Oppo Reno7 Z 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED berukuran 6.43-inci dengan kadar segar semula standard 60Hz dan lubang punch hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Oppo Reno7 Z 5G juga tampil dengan reka bentuk Oppo Glow yang memiliki tiga sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP, sensor monokrom 2MP dan sensor depth 2MP.

Kamera ini juga memiliki lampu notifikasi Dual Orbit Light yang ditempatkan pada bulatan sekeliling kamera dan bukanya pada sekeliling modul kamera seperti pada Oppo Reno7 Pro 5G.

Beralih kepada bahagian dalaman, Oppo Reno7 Z 5G hadir dengan cipset Snapdragon 685 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ianya juga menyokong virtual RAM untuk tambahan 5GB RAM dan tidak lupa antaramuka ColorOS 12 yang berasaskan Android 11.

Oppo Reno7 Z 5G juga memiliki sensor capjari pada bahagian sisi, slot microSD, sokongan NFC, bicu audio 3.5mm dan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W (0-100% dalam masa 63 minit).

Oppo Reno7 Z 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Rainbow dan Black.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.