Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee 3.15 Consumer Day kini berlangsung – jualan mega pertama tahun ini


Shopee telah melancarkan 3.15 Consumer Day yang merupakan jualan mega pertama Shopee untuk  tahun ini.

3.15 Consumer Day berlangsung mulai hari ini sehingga 15 Mac dan akan membawa keseronokan perayaan akhir tahun Shopee kepada semua pengguna.

Jualan ini akan memberikan para pengguna lebih banyak sebab untuk meraikan dan memberi ganjaran kepada diri mereka, sambil mereka bersiap sedia untuk menempuh tahun yang menjelang.

Shopee memperkenalkan 3.15 Consumer Day bagi membawa lebih nilai dan kegembiraan kepada semua pembeli, yang kini lebih bergantung kepada platform e-dagang untuk memenuhi keperluan mereka sepanjang tahun.

3.15 Consumer Day yang menampilkan pelbagai jenis produk, yang ditambah baik dengan tawaran diskaun 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta peluang untuk Putar & Menang Nissan Almera.

Tambahan kepada sambutan 3.15, Shopee menyambut Dato Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenama 3.15 di Malaysia. Kedua-dua atlet tersebut mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam mengatasi cabaran sukar dan mendedikasikan hidup mereka ke arah meletakkan Malaysia di peta dunia.

Mereka menjadi inspirasi dalam cara mereka mencapai kejayaan hebat dengan mengutamakan kesejahteraan dan meraikan pencapaian, meskipun ianya kecil.

Sebagai sebahagian daripada 3.15 Consumer Day, Shopee juga akan melancarkan pengaktifan #ShopeeCelebratesYou untuk membawa lebih banyak keceriaan kepada para pengguna sepanjang tempoh 3.15.

Berlangsung setiap hari di Shopee Live mulai hari ini hingga 15 Mac, para pengguna juga boleh bermain permainan yang amat menarik, iaitu Sampul Misteri.

Pemanggil Bertuah dikehendaki menjawab soalan untuk membuka sampul surat dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan. Para penonton pula boleh meneka sampul surat yang mengandungi hadiah wang tunai utama tersebut, dan berpeluang memenangi Syiling Shopee dengan tekaan yang betul.

Tontoni TV3 atau Shopee Live pada pukul 9 malam pada 15 Mac untuk mendapatkan tawaran TV terbaik. Nikmati juga beberapa persembahan selebriti tempatan yang memukau, serta persembahan oleh selebriti dari Korea di program Shopee Tawaran TV sempena 3.15 Consumer Day.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari https://shopee.com.my/m/3-3.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.