Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 juga rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 888

realme GT 2 juga rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 888 1

realme GT 2 juga rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 888 2
realme GT 2 juga dilancarkan untuk pasaran global bersama GT 2 Pro dan ianya tampil dengan reka bentuk yang sama seperti model yang lebih premium.

realme GT 2 hadir memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.62-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+.

realme GT 2 juga rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 888 3
Beralih kepada cipset, realme GT 2 memiliki cip pemprosesan Snapdragon 888 dengan kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

realme GT 2 juga memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766 seperti GT 2 Pro namun ianya memiliki sensor ultrawide dan sensor makro yang berlainan dari model mercu itu.

Dalam pada itu, realme GT 2 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W (0-100% dalam 33 minit) dan antaramuka realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

realme GT 2 juga rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 888 4

realme GT 2 juga ditawarkan didalam 3 pilihan warna iaitu Paper White, Paper Green, dan Steel Black.

realme GT 2 juga rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 888 5

Berikut adalah harga realme GT 2 

realme GT 2  8/128GB – €549 (RM 2,583)

realme GT 2 8/256GB –  €599 (RM 2,818)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.