Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

POCO X4 Pro 5G kini rasmi dengan Snapdragon 695 dan kamera 108MP – harga dari RM 1,199


Poco secara rasminya telah melancarkan Poco X4 Pro 5G untuk pasaran global dan ianya mula ditawarkan di Malaysia mulai 3 Mac ini pada serendah RM 1,199.

Poco M4 Pro 4G kini rasmi – tiba di Malaysia pada 3 Mac dengan harga RM 899

Poco X4 Pro 5G

Poco X4 Pro 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci demgan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin paparan ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Poco X4 Pro juga hadir dengan cip 6nm Snapdragon 695 yang tampil dengan prestasi CPU 15% lebih baik berbanding Snapdragon 690 dan ianya dipadankan dengan 6/8GB RAM manakala storan dalaman adalah sehingga 256GB.

Telefon pintar Poco X4 Pro 5G ini juga membawakan sokongan Virtual RAM dengan antaramuka MIUI 13, rangkaian sub-6 5G, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.1, IR Blaster dan NFC.

Beralih kepada kamera, Poco X4 Pro 5G hadir dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 118° 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Poco X4 Pro 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecas pantas 67W yang memberikan pengecasan penuh 100% didalam masa 41 minit sahaja.

Poco X4 Pro 5G juga mempunyai pensijilan IP53, dual speakers dan z-axis linear motor.

Poco X4 Pro 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Laser Black, Laser Blue dan Poco Yellow.

Berikut adalah harga Poco X4 Pro 5G yang akan ditawarkan di Malaysia melalui Shopee :

Poco X4 Pro 5G 6GB + 128GB – RM 1,199 (beli di Shopee)

Poco X4 Pro 5G 8GB + 256GB – RM 1,499 (beli di Shopee)

Walaubagaimanapun, Poco Malaysia juga telah mengumumkan harga istimewa jualan pertama bagi kedua -dua varian ini yang hanya sah pada 3 Mac 2022.

berikut adalah harga promosi jualan pertama pada 3 Mac 2022 :

POCO X4 Pro 5G 6GB + 128GB –  RM 1,099 POCO X4 Pro 5G 8GB + 256GB – RM 1,249

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.