Sebanyak 80,000 unit Redmi K50 Gaming terjual pada hari pertama jualan
Telefon pintar pertama didalam siri flaghsip Redmi K50 yang diperkenalkan beberapa hari lalu iaitu Redmi K50 Gaming telah mula dijual di China hari ini.
Menurut akaun Weibo Redmi, Jualan pertama Redmi K50 Gaming telah mencapai nilai jualan CNY 280 juta atau sekitar RM 184.8 juta atau secara purata sekitar 80,000 unit.
Redmi K50 Gaming adalah sebuah peranti yang mengagumkan dan ianya hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin paparan AMOLED 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz, sistem penyejukan Vapor Chamber dan pengecasan pantas 120W.
Selain itu, Redmi K50 Gaming juga hadir didalam satu edisi khas yang terhasil dengan kerjasama pasukan Formula 1 Mercedes AMG Petronas.
Redmi K50 Gaming kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W