Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A76 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan Snapdragon 680 – harga RM 899


Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa Oppo A76 kini telah mula ditawarkan di pasaran tempatan dan ianya hadir dengan harga RM 899.

Oppo A76 meneruskan tradisi A Series untuk tampil dengan reka bentuk Oppo Glow Design yang bergaya dan tahan lasak.

Oppo A76 memiliki skrin paparan 6.56-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 180Hz untuk pengalaman visual yang imersif.

Selain itu, Oppo A76 ini juga memiliki pemproses Snapdragon 680 yang dipadankan bersama 6GB RAM (+5G RAM Expansion) dan 128GB storan dalaman.

Beralih ke kamera, Oppo A76 memiliki sensor dwi-kamera yang terdiri daripada sensor utama 13MP dan sensor bokeh 2MP. Kamera selfie telefon pintar terbaru Oppo ini adalah 8MP.

Ke bahagian bateri pula, Oppo A76 menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya juga memiliki pengecasan pantas 33W SUPER VOOC.

Lain-lain spesifikasi Oppo A76 adalah sensor capjari pada bahagian sisi, antaramuka ColorOS 11.1 dan slot microSD.

Oppo A76 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Glowing Blue dan Glowing Black pada harga RM 899.

Ianya boleh dibeli mulai 19 Februari di OPPO Brand Store, OPPO Official Online Store, wakil pengedar rasmi yang terpilih , Shopee dan Lazada.

Oppo A76 akan turut ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan U Mobile mulai 5 Mac 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.