Oppo Find X5 akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 9000
Telefon pintar flagship Oppo bagi tahun 2022 iaitu Oppo Find X5 Pro telah dilaporkan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 dan Digital Chat Station kini melaporkan bahawa Oppo Find X5 pula akan tampil dengan cipset daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000.
Selain itu, tipster ini juga telah mendedahkan maklumat spesifikasi utama telefon pintar Oppo ini.
Cip MediaTek Dimensity 9000 yang digunakan pada Oppo Find X5 adalah diperbuat daripada proses 4nm yang sama seperti Snapdragon 8 Gen 1 namun ianya dilaporkan mempunyai CPU yang lebih pantas namun prestasi GPU yang lebih rendah.
Selain itu, Oppo Find X5 juga akan hadir dengan dua sensor utama 50MP bersama satu sensor 13MP yang sama seperti pada Find X3 Pro namun tidak dapat dipastikan samada ianya menggunakan sensor yang sama.
Akhir sekali, Oppo Find X5 juga akan memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantad 80W dan pengecasan tanpa wayar 50W serta pengecasan berbalik 10W.
Oppo Find X5 Pro dan Oppo Find X5 dijangka akan dilancarkan selepas Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 1 Februari 2022.