Honor Magic V akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari ini
Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable pertama syarikat ini iaitu Honor Magic V akan dilancarkan di China pada 10 Januari ini.
Honor Magic V merupakan sebuah telefon pintar foldable yang dilipat secara menegak sama seperti Galaxy Z Fold3 dan ianya juga akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen1 sekaligus meletakkanya sebagai peranti flagship pertama daripada syarikat ini.
Selain itu, Honor Magic V juga akan tampil dengan tiga kamera dibelakang, pengecasan pantas 66W dan Android 12.
Memandangkan ianya adalah pelancaran di China, Honor tidak akan memberikan sebarang maklumat harga dan penawaran bagi pasaran antarabangsa namun jika ianya memasuki pasaran global, telefon pintar ini pasti memiliki sokongan Google Mobile Services.