Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka bentuk OnePlus 10 Pro didedahkan secara rasmi


Selepas pelbagai khabar angin mengenai OnePlus 10 Pro mula didedahkan, OnePlus kini secara rasminya telah mengesahkan kewujudan telefon pintar ini dan sedikit sebanyak juga memberikan kita reka bentuk panel belakang telefon pintar ini.

OnePlus 10 Pro telah disahkan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Volcanic Black dan Emerald Green dan video berdurasi 15 saat yang dimuatnaik di akaun Twitter OnePlus juga mendedahkan reka bentuk modul kamera yang dimiliki telefon pintar ini.


Modul kamera OnePlus 10 Pro dilihat mengambil insipirasi daripada kamera Samsung Galaxy S21 Series yang mana ianya kelihatan selari dengan panel sisi telefon pintar namun OnePlus menggunakan susunan kamera melintang dan bukanya menegak seperti pada telefon pintar flagship Samsung.

Selain itu, OnePlus 10 Pro juga disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen1 dan teknologi kamera Hasselblad yang bermula sejak OnePlus 9 Series.

OnePlus 10 Pro akan dilancarkan secara pada 11 Januari ini di China.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.