Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9i dengan cip Snapdragon 680 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

realme Malaysia secara rasminya telah menesahkan bahawa telefon pintar pertama tahun 2022 bagi pasaran tempatan akan menggunakan cip pemprosesan 6nm Snapdragon 680 (mungkin realme 9i).


Ianya merupakan kali pertama pemproses Snapdragon 680 ini ditawarkan kepada pengguna di Malaysia dan pemproses ini dilihat mampu menawarkan hampir 46% peningkatan prestasi berbanding cipset Snapdragon 662 dan pada masa yang sama 62% lebih cekap tenaga.

Dengan penggunaan cipset Snapdragon 680 ini, realme dijangka akan memberikan sebuah telefon pintar yang sangat kompetitif pada harga dibawah RM 1,000.

Maklumat lanjut pelancaran telefon pintar realme dengan Snapdragon 680 ini akan diumumkan didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.